Gadis² Medic, Berhati-hati Dengan Lelaki Ini

loading...


Oktober 2015, saya berkenalan dengan seorang lelaki ini melalui laman sosial Baitul Muslim. Laman sosial itu memang khas untuk mencari jodoh. Saya memang sudah serius dan bersedia nak mendirikan rumah tangga dan sedang mencari calon. Tetapi mungkin Allah ingin menduga dan berkenalan pula dengan orang yang salah.

Lelaki ini dari UKM, sedang mengambil PhD dalam bidang Psikologi Pendidikan dari Fakulti Pendidikan dan dijangka akan grad tahun ini. 

Lelaki ini pelik sikit. Dia suka menghubungi saya pada waktu tengah malam dan awal pagi. Sekitar jam 12 pagi sehingga jam 5 pagi. Dia suka bercakap perkara-perkara lucah. Tetapi saya menganggap lelaki itu tidak berniat apa-apa kerana latar belakang keluarga dan dirinya yang baik dan alim. 

Ibu dan ayahnya ustaz dan ustazah. Abang-abangnya juga ustaz, seorang tahfiz al-quran. Dia pula bekas pelajar sekolah agama ketika di sekolah menengah. Dia juga hafal al-quran dan selalu memasuki pertandingan tilawah ketika sekolah menengah dan IPT serta pernah memenangan pertandingan tersebut. 

Pada awal perkenalan, saya memang menganggap dia serius kerana lelaki itu juga sedang mencari jodoh di laman Baitul Muslim. Dia tidak mempunyai rumah sewa, hanya berulang alik setiap hari dari kampung ke UKM. Adakalanya dia terpaksa tidur di dalam kereta yang diparking di kawasan masjid UKM. 

Kerap kali di tengah-tengah malam dalam jam 1 pagi hingga 5 pagi dia menghubungi saya bercakap mengenai perkara lucah dan bertanyakan soalan-soalan lucah. Dia juga pernah mengaku yang dirinya sudah banyak kali beronani ketika menghubungi saya. Bukan itu saja, dia kerap berkongsikan gambar alat sulitnya dan video dia sedang melakukan perbuatan itu.

Bila saya memeriksa Facebooknya, terlalu ramai kawan-kawan perempuannya. Lelaki itu memberikan alasan, hanya sebagai kawan sahaja. Tetapi bila saya menghubungi rakan-rakan perempuannya, mereka juga memberitahu bahawa dia sering menganggu mereka di tengah malam dan bercakap perkara yang sama. Bila disoal-siasat, lelaki itu mengaku suka tengok video lucah. 

Berdasarkan pemerhatian, lelaki ini gemar menyasarkan pelajar perubatan yang sedang buat housemanship atau perempuan yang bekerja sebagai doktor dan yang bekerja dalam bidang perubatan. 

Apa yang saya tahu, lelaki ini kaki perempuan dan saya bukan gadis pertama yang dilakukan seperti itu oleh dia. Seramai 20 gadis yang saya pernah hubungi mengakui lelaki ini melakukan perkara yang sama seperti apa yang berlaku pada saya. 

Saya mendapat tahu, itu semua adalah sebahagian dari taktiknya untuk mendapatkan perempuan yang dia mahukan. Nampak ikhlas ingin berkenalan, berjanji itu ini, beri kata-kata manis, jaja cerita kononnya dia berasal dari keluarga yang baik, namun sebenarnya dia mempunyai niat jahat. 

Menyedari saya mengetahui niatnya, dia akhirnya menghilangkan diri begitu sahaja. Cuma baru-baru ini saya dapat tahu lelaki ini sedang cuba mengejar seorang perempuan yang juga student medic yang sedang housemanship. 

Memang tidak sangka lelaki itu berpelajaran tinggi tetapi berperangai pelik. Di Facebooknya selalu berkongsikan perkara-perkara Islamic yang memberikan pandangan orang lain kononnya dia baik dan alim. 

Nama dia Ahmad F*** bin si polan, berusia 30 tahun, berasal dari Muar, Johor. Memilik kereta jenis Proton Saga BLM berwarna putih. Gemar melepak di perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. 

Di laman Facebook dan Instagram, dia akan muat naik gambar yang handsome tetapi sebenarnya tak handsome. Bila saya ajak dia berjumpa, selalu memberikan alasan untuk mengelakkan. 

Pernah terdetik mahu membuat laporan polis, tetapi saya diberitahu oleh rakan bahawa polis tidak akan mengendahkan kes remeh seperti ini. 

Saya kongsikan cerita ini agar gadis-gadis medic di luar sana tidak tertipu dengan cerita lelaki ini yang kononnya baik dan alim. - Irami | PIXEL MEDIA
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...