Saksi Tampil Ceritakan Detik Cemas Jambatan Midvalley Runtuh

loading...

“Memang Menakutkan..Bangunan Bergoyang, Bergegar Sebelum Runtuh” – Saksi Jambatan MidValley Runtuh

mid

Saksi runtuhan sebuah jambatan di area Midvalley telah tampil untuk berkongsi pengalaman mengerikannya itu.

Seorang saksi bernama Atang memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.

Atang yang berasal dari Vietnam berkata keadaan itu menyebabkan kesemua pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Ketika itu dia sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.

INI KOMEN ATANG

“Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.

“Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,”

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.

INI KOMEN ABDULLAH

“Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.

“Keadaan memang kelam kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,”

Seorang lagi saksi Md Kawsar menceritakan dia terkejut melihat jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerjanya.

Rakannya itu dikatakan sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.

INI KOMEN KAWSAR

“Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian,”

Ketua Polis Daerah Brickfields menyatakan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Setakat ini kumlah mangsa adalah 7 orang berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. – PENMERAHDOTCOM

The post Saksi Tampil Ceritakan Detik Cemas Jambatan Midvalley Runtuh appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2fTCK5Z via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...