Makan Labu Untuk Awet Muda Dan Mencegah Kanser

loading...
Berdasarkan kajian yang dijalankan saintis, tabiat memakan labu didapati mampu membantu mengekalkan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseorang daripada mendapat kanser.

Labu

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge, England, Dr. Marilyn Glenville mendapati, labu mengandungi khasiat vitamin A serta kaya dengan antioksida yang tinggi bagi mengawal paras kolesterol.

Dalam pada itu, kajian lanjut turut mendapati biji labu juga mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta vitamin E yang baik untuk mencegah kanser.

Menurut Glenville, manfaat pengambilan makanan berasaskan labu juga bagus untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori dan karbohidratnya yang rendah.

“Kandungan fiber pada labu cukup untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang sepanjang hari,” kata Glenville dalam bukunya yang bertajuk Natural Alternatives to Sugar.

Selain baik untuk tubuh badan, labu juga bagus untuk kulit kerana mengandungi beta carotene dan vitamin A yang berupaya menjadikan kulit lebih tegang dan halus.

BACA INI JUGA: Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Sumber: Kosmo

from SentiasaPanas http://ift.tt/2fMeqQO via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...