Punca Sebenar-benarnya Tyrese Gibson Memeluk Islam, Hidayah Turun Antaranya Ketika Melakonkan Babak di Dalam FF7..Saksikan...!!!

loading...

 Jika beberapa hari lalu kecoh, pengguna media sosial facebook rancak memperkatakan tentang aktres berpengaruh di Hollywood, Angelina Jolie kononnya menitip ucapan 'Ramadan Kareemm' kepada peminat Islamnya menerusi laman fanpage Facebook sekaligus menjadi viral diserata dunia.

Terkini tersebar pula berita pelakon dan penyanyi hebat yang lebih dikenali menerusi watak Roman Pearce dalam siri filem hebat Fast & Furious iaitu Tyres Daniel Gibson, menitip ucapan 'Ramadan Al-Mubarak' kepada peminat khususnya kepada umat yang beragama Islam.

Malah, di sebalik ucapan luar jangkaan itu selebriti yang berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini dikatakan sebenarnya sudah bergelar mualaf sejak tahun 2014 lalu lagi.

Perkara itu didedahkan sendiri Gibson menerusi laman sosial facebooknya sendiri dan Instagram miliknya apabila dia kerap memuat naik video di laman Facebooknya dengan memberi gambaran sebenar beliau sudah memeluk agama Islam.

Tidak hanya memuat naik ucapan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia bahkan berdasarkan beberapa gambar yang pernah dimuat naiknya di Instagram sebelum ini, dia turut menulis perkataan #InshaAllah Tabir (dengan izin Allah).

Jika setiap kali statusnya tertulis #InshaAllah, Gibson menerima banyak komen dan like daripada peminat Muslim yang turut menitipkan ucapan Alhamdulillah Syukur.

Namun, ada juga pengikutnya yang bertanya sejauh mana ke-benaran dia sudah memeluk agama Islam.

Sementara itu, sahabat baik kepda mendiang Paul Walker ini jugak dikatakan telah memeluk Islam di Dubai pada tahun 2014 ketika bercuti bersama pelakon Will Smith dan penyanyi Maxwell.

Pemergiannya ke Dubai pada thun itu sekaligus sempenai memperingati kematian Walker yang maut akibat kemalangan pada tahun lalu.

Menerusi satu rakaman video menunjukkan aktivti Gibson di Dubai bertemu temannya berbangsa Arab dan menyapa mereka dengan ucapan assalamualaikum. Selain itu, dia juga mengenakan jubah dan lengkap berserban.

Gibson juga dikatakan pernah menyatakan perasaannya slepas memeluk Islam iaitu merasakan seperti baru dilahirkan dan sangat tenang.

Menerusi satu video temubual beberapa minggu lalu, Gibson berkongsikan pengalamannya sebagai seorang Muslim dan perkara itu disambut positif oleh peminatnya di seluruh dunia.

Di samping itu, dia berkongsi pandangannya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Islam sejagat.

Terbaharu, menerusi laman Instagram-nya dua hari lalu, dia memuat naik sekeping foto menunjukkan permandangan di Dubai dan menulis kapsyen memaklumkan dia akan berkunjung lagi ke negara itu pada Julai nanti juga tidak lupa menulis #InshaAllah.


SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...